Celcom Akan Lancar Pasaran 4G

CELCOM Axiata Berhad (Celcom) sedia takluki pasaran 4G memandangkan syarikat peneraju penyedia telekomunikasi negara ini telah selesai bina sistem Single RAN sekaligus jadikannya antara syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia memiliki sistem ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Shazalli Ramly berkata, Celcom memperuntukkan RM800 juta bagi tujuan pembangunan sistem Single RAN tersebut. “Buat masa ini, Celcom hanya menunggu kelulusan daripada kerajaan, sebaik sahaja kelulusan itu diperoleh, barulah kami boleh lancar produk dan perkhidmatan 4G ini.

celcom 4g

“Kami baru selesai bangunkan sistem ini di bahagian timur di mana ia juga melengkapkan rangkaian secara keseluruhan,” katanya, semalam. Dalam perkembangan lain, Celcom kini sedang membangunkan projek pusat televisyen sehenti digital dan akan jalankan kerjasama strategik bagi pembangunan projek itu bermula suku kedua tahun ini.

Projek tiga tahun ini lebih tumpu secara mudah alih di mana pengguna boleh menonton kandungan rancangan di mana-mana skrin yang mempunyai kad sim Celcom. Sementara itu, Celcom berjaya mencatatkan keuntungan bersih lebih RM514 juta dalam bentuk keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) dan lebih RM840 juta bagi pendapatan sebelum faedah, cukai, susut dan pelunasan (EBITDA).

Selain itu, pengguna Celcom turut mencatatkan peningkatan lebih 12 juta.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close