Budak Perempuan 16 Tahun Bunuh Diri | Bimbang Keputusan Peperiksaan Merosot

JAKARTA: Seorang gadis berusia 16 tahun lengkap berpakaian seragam sekolah, menggantung diri sehingga mati kerana dikatakan bimbang akan keputusan peperiksaannya yang teruk, semalam.

Gadis itu yang dikenali hanya sebagai SA, ditemui mati di rumahnya di Kampung Tengah di Kramat Jati Timur, Jakarta Timur.

bunuh diri

Abang SA, Komaruddin, 22 menemui mayat adiknya tergangtung dari siling tingkat dua rumah mereka. Dia dikatakan menggunakan tali leher dan tali pinggang untuk menggantung dirinya.

“Saya sangat terperanjat melihat mayatnya. Saya terus menjerit dan meminta bantuan jiran,” katanya.

Komaruddin terus membawa adiknya ke Hospital Al Fauzan di mana doktor memberitahunya, adiknya telah meninggal dunia.

-JP

Facebook Comments

Comments are closed.

Close