Asyik Bersembang Di Internet Tak Sedar Bayi Maut

TOKYO: Seorang wanita yang sibuk bersembang di forum Internet, manakala anak lelakinya terbaring tidak lagi bernyawa hampir sehari ditahan, kata polis semalam.

Yumiko Takahashi tahu bahawa anaknya, Neo yang berusia 19 bulan mengalami demam panas ketika dia memeriksa kanak-kanak itu pada tengah hari 24 Jun tahun lalu, tetapi membiarkan dia terbaring di katil tanpa melayannya. Bedah siasat menunjukkan Neo sudah mati kira-kira jam 2 petang pada 26 Jun. Ibunya menemui tubuh Neo yang tidak bernyawa lagi keesokan harinya, lapor akhbar.

Wanita sibuk sembang di Internet hingga bayi maut

Gambar hiasan

Menurut jurucakap polis Otsu, di barat Jepun, Takahashi, 29, ditahan kerana disyaki mengabaikan anaknya hingga menyebabkan mangsa maut. Kelewatan penahanannya itu disebabkan polis perlu melakukan siasatan terperinci.

– AFP

Facebook Comments

Comments are closed.

Close