Akibat Putus Cinta | Pelajar Perempuan Naik Bumbung Sekolah

Seorang pelajar di sebuah sekolah di sini nekad naik di bumbung kantin sekolahnya dipercayai akibat tekanan perasaan setelah putus cinta.

Kejadian menggemparkan warga sekolah yang bimbang akan keselamatannya yang berada di atas bumbung kantin tersebut.

Pelajar naik bumbung akibat putus cinta

Gambar hiasan

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Ismail Abu, berkata, pihaknya menerima laporan guru kelas pelajar terbabit di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Yan mengatakan seorang pelajar perempuan tingkatan tiga sekolah itu berada di atas bumbung kantin sekolah itu dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi, semalam.

Menurutnya, guru dan rakan pelajar terbabit telah berusaha memujuknya untuk turun berikutan bimbang keselamatannya yang berada di tempat tinggi, namun gagal.

“Setelah gagal memujuk, guru sekolah terbabit menghubungi bomba bagi membuat persediaan segala kemungkinan bakal berlaku dan turut menghubungi waris pelajar terbabit.

“Bomba dan warisnya akhirnya berjaya memujuk pelajar itu turun dari bumbung kantin itu setelah memujuknya selama setengah jam dan pelajar itu berjaya diturunkan dengan bantuan pihak bomba,” katanya.

Ismail berkata, punca pelajar terbabit berada di atas bumbung kantin tersebut adalah dipercayai akibat tekanan perasaan setelah putus cinta berikutan surat cinta yang ditemui bersamanya.

Katanya lagi, kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close