Adik Bawa Balik Kekasih Ketika Ketiadaan Abang Dirumah

Seorang adik lelaki mengambil kesempatan membawa pulang teman wanita ke rumah ketika abangnya tiada di rumah kerana pulang ke kampung di Terengganu menemani isteri yang dalam pantang.

Lelaki berusia 23 tahun itu mengakui kerap membawa pulang teman wanita tidur di rumah tersebut tanpa pengetahuan abang dan kakak iparnya.

Adik bawa balik kekasih ketika ketiadaan abang dirumah

Pasangan itu dicekup kerana disyaki berkhalwat di sebuah rumah pangsapuri pada jam 3 pagi oleh sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah bersama Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).

Pegawai Masjid Al-Azim Ahmad Nawi Othman berkata, selepas pihaknya mengetuk pintu beberapa kali, seorang lelaki berpakaian lengkap terkejut melihat kehadiran penguat kuasa sebelum membenarkan mereka masuk untuk membuat pemeriksaan.

“Kami menemui seorang wanita berpakaian lengkap di sebuah bilik di rumah itu, mereka mengaku pasangan kekasih selepas gagal menunjukkan bukti mempunyai hubungan mahram,” katanya ketika ditemui Sinar Harian awal pagi semalam.

Ahmad Nawi berkata, lelaki itu bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi, manakala pasangannya yang berusia 26 tahun itu bekerja sebagai jurujual di sebuah pusat membeli belah di Petaling Jaya.

“Difahamkan wanita itu tinggal bersama ibu bapanya di Shah Alam, kami menghubungi keluarganya untuk memaklumkan berhubung kejadian ini,” katanya. Pasangan yang ditahan itu dibawa ke Balai Pandan Indah untuk membuat laporan.

Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • video main dengan kekasih (197)
  • main dengan kekasih abang (20)
  • vedio main dengan kekasih (18)

Comments are closed.

Close