Zed Zaidi Dilantik Jadi Presiden SENIMAN

MESYUARAT Agung Tahunan kali Ke-14 Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), semalam, menyaksikan pelakon Zed Zaidi dilantik sebagai Presiden yang baru.

Zed dipilih sebulat suara setelah mendapat undian tertinggi mengatasi seorang lagi calon, Datuk Mustapha Maarof.

Jawatan Presiden Seniman sebelum ini disandang pelawak terkenal, Harun Salim Bachik yang mengundur diri dan tidak bertanding apa-apa jawatan bagi penggal ini.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close