Treler Rempuh Pondok Tol Ipoh | Jurutol Cedera

Sebuah treler merempuh pondok tol Ipoh Selatan menghala ke Kuala Lumpur mengakibatkan seorang jurutol yang bertugas cedera di tangan kanan dipercayai terkena serpihan kaca akibat rempuhan itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, treler yang membawa muatan atap difahamkan dari Pulau Pinang menghala ke Kuala Lumpur, merempuh tol berkenaan mengakibatkan pondok berkenaan pecah.

Gambar hiasan

Menurut saksi, treler berkenaan hilang kawalan sebelum merempuh tol berkenaan. “Petugas tol yang cedera itu dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk rawatan lanjut. Akibat rempuhan itu pondok tol berkenaan hampir ranap.

“Bagaimanapun pemandu treler tidak cedera,” katanya.

Sementara itu, usaha wartawan mendapatkan maklum balas Plus Expressways Berhad tidak berjaya apabila kakitangan di pejabat kawalan itu enggan mengulas.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close