Soal Jawab Kumpulan Anti LYNAS & JK Parlimen

Minggu lepas telah diadakan sesi terbuka pendengaran umum mengenai isu LYNAS. Sesi umum ini diketuai oleh panel yang dipilih oleh jawatankuasa parlimen dan diketuai oleh Menteri Pengajian tinggi DS Khaled Nordin.
Di pihak jawatankuasa terdapat beberapa lagi ahli parlimen yang dipilih antaranya YB Zulkifli Nordin,YB Rahman Dahlan, YB Simpang Renggam dan wakil agensi dan kementerian yang berkaitan.
Pembangkang tak hantar wakil. Agak malang sesi pertama yang berlangsung di Kuantan ini pun tidak dihadiri oleh wakil rakyat Kuantan Fauziah Saleh.
Sepatutnya, selaku wakil kepada rakyat di Kuantan Fauziah Saleh wajib dan berani mengambil tanggungjawab ke hadapan dan berentap dengan JK Parlimen dikandangnya sendiri.
Terdapat 5 wakil masyarakat hadir dan sanggup berhadapan dengan JK parlimen ini. Namun bila diselidiki ada di antara mereka punyai kaitan satu sama lain. Dalam erti kata mudah mereka memecahkan kumpulan mereka kepada group berbeza supaya nampak kononnya mereka itu mewakili suara rakyat.
Dalam sesi pendengaran awam, kaedah memberi hujah, menguatkan hujah,memberi alasan penolakan yang kesemuanya berlandaskan fakta dan figura hendaklah dikemukakan.
Kumpulan Pertama wakil anti Lynas membentangkan hujah.
Kumpulan ini membentangkan keresahan mengenai Lynas, mengenai keresahan kebocoran Loji Fukushima diselitkan sebagai fakta penguat hujahan. Bukan setakat itu, pembentangan mengenai kadar radiasi juga dibentangkan.
Bila sesi soalbalas yang dilakukan oleh Zul Nordin, mereka kelihatan kaget dan mati akal. Zul Nordin tanya kumpulan tadi, mana fakta dan sumber rujukan anda sewaktu pembentangan hujah yang kamu lakukan tadi.
Teka apa mereka jawab?
“err kami dapat maklumat ini dari Bloomberg dan Reuters.”
Zul Nordin tanya lagi,
“saya tak nak nama web, tapi saya nak nama pakar dan rujukan artikel yang kamu gunakan tadi untuk memudahkan kami melakukan dokumentasi.”
Kumpulan tu jawab, “kami dapat dari reuters. reuters yang cakap lepas tu kami print.”
Zul Nordin tanya lagi, “saya tak nak nama web tapi saya nak nama rujukan pakar yang diterakan dalam hujahan kamu tadi”
Pening dan tak dapat jawap soalan mudah Zul Nordin, kumpulan tadi kata nanti kami carilah dan bagi pada beliau.
Jelas sepanjang 1 tahun pemprotessn Lynas ini mereka sekadar menggunakan idea ‘Hearsay’ dalam memperjuangkan isu.
KUMPULAN PERTAMA GAGAL
Masuk kumpulan kedua.
Yang paling kiri adalah doktor cukup pakar mengenai environment. Mereka memulakan hujah Lynas tak selamat, radioaktif, Fukushima dan lain lain.
Doktor tadi menguatkan hujahan Lynas tak selamat bilamana dia mengaitkan isu Bukit Merah di Perak. Menurut doktor itu ramai anak yang baru lahir menghidap penyakit dan kecacatan kekal kerana radiasi yang berlaku di Bukit Merah.
JK parlimen tanya,
“fakta sokongan yang menguatkan hujah mana?”
Doktor tadi gagal menjawab. Oleh kerana nak cover malu, lelaki dalam foto yang paling kanan mula tinggikan suara. Katanya JK parlimen tak patut tanya soalan yang susah nak dijawab.
JK parlimen jawab balik kalau tak ada fakta and finding macam mana JK parlimen nak buat dokumentasi mengenai isu yang dibangkitkan.
KUMPULAN KEDUA GAGAL
Masuk Kumpulan ketiga. Dakwa kumpulan ini mereka mewakili Bar Council Negeri Pahang.
Hujah Lynas tak selamat digunapakai. Mereka bercakap mengenai deklarasi Rio De Janeiro. Tiba giliran lawyer wanita (foto paling kiri) bagi hujah sokongan.
Menurut beliau, Lynas tak profesional. Lynas tak mendekati rakyat Kuantan. Oleh kerana itu dakwa lawyer wanita ini dia ambil tindakan untuk terus ke Australia kononnya mahu mendengar isu Lynas di Australia.
JK parlimen tanya, ada tak kamu enggage dengan Lynas di Kuantan?
Lawyer wanita tu kata tak ada dan tak pernah.
JK parlimen mencelah kalau tak pernah dan tak nak engage kenapa boleh keluarkan kenyataan Lynas tak dekati rakyat di Kuantan?
Muka wanita itu berubah. Kantoi lagi.
Kumpulan Bar Council Pahang GAGAL!
Masuk Kumpulan keempat.
Pak Haji berbaju biru beremosi. Intonasi suara dan fakta lari lintang pukang. Cina paling kiri rambut cekak tu ketua group ni.
Kumpulan keempat ni lagi disaster.. takyah cerita pun tak apa.
kumpulan ni terus belah tanpa bagi hujahan.
Sepanjang sesi 4 kumpulan ini gagal sama sekali dalam memberikan rujukan pakar dalam menentang isu Lynas. Yang dikemukakan sekadar idea ‘Hearsay’, amarah, emosi dan pemikiran celaru. Kumpulan anti Lynas tumbang di Kuantan.
Sumber
** Untuk membaca cerita ini tanpa sebarang edit, sila klik sini.
Facebook Comments
Close