Sarawak Dapat Cuti Umum 4 Jun 2012

Kerajaan Sarawak mengisytiharkan 4 Jun tahun ini sebagai cuti umum di negeri ini, kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini.

Beliau berkata ia sebagai cuti ganti untuk hari kedua perayaan Gawai Dayak, yang tarikhnya sama dengan hari ulang tahun keputeraan Yang di-Pertuan Agong.

Perisytiharan itu dibuat mengikut Seksyen Lima Ordinan Cuti Umum, kata beliau dalam kenyataan di sini.

Gawai Dayak, yang disambut masyarakat itu sebagai tanda mensyukuri hasil tuaian padi yang melimpah ruah pada 1 dan 2 Jun setiap tahun, adalah cuti umum di Sarawak. – Bernama

Facebook Comments

Comments are closed.

Close