Sah! Nazmi Faiz Ikat Kontrak Hingga Tahun 2015 Bersama Beira-Mar

PEMAIN bola sepak negara, Nazmi Faiz Mansor, 17, dilaporkan telah menandatangani kontrak bersama kelab Portugal, Beira-Mar sehingga Jun 2015.

Nazmi Faiz melalui Twiter rasminya, NazmiFaiz2112 berkata:

“Insya-Allah saya akan melakukan yang terbaik dan saya akan menjadikan rakyat Malaysia bangga dan syukur alhamdulillah… saya mahu ucapkan terima kasih kepada keluarga dan peminat-peminat saya yang terus menyokong saya.”

Nazmi Faiz sebelum ini bersama empat pemain dari negara lain menjalani ujian pemilihan sebelum dipilih sebagai pemain untuk kelab liga divisyen satu itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close