Perkahwinan Nurul & Eric | Terima Tajaan

Majlis perkahwinan penyanyi, pelakon dan pengacara, Nurul Huda Abdul Wahab, 35, dengan jejaka Perancis, Eric Daniel Depp, 47, ditaja oleh dua pereka fesyen terkenal tanah air, Bon Zainal dan Rizman Ruzaini.

Bon Zainal mereka dua pasang suit untuk dipakai oleh pengantin lelaki, manakala Rizman pula, mereka baju pengantin Nurul.

Selain dua penaja tersebut, kata Nurul, lokasi majlis yang akan diadakan di Duchess, Jalan Ampang dekat sini, pada 6 Jun nanti, turut mendapat tajaan.

“Sebenarnya, ada enam penaja yang sudi menaja majlis perkahwinan saya termasuk pengedar kain, Jakel dan pereka pelamin, Perunding Perkahwinan Zahar.

“Bagi saya, ini merupakan sesuatu yang amat saya hargai dan berterima kasih atas kesudian mereka,” katanya pada sidang akhbar majlis pradengar album mini Nurul Wahab kelmarin.

Katanya lagi, persiapan perkahwinan diserahkan sepenuhnya kepada perunding perkahwinan yang diwakili Zaid dari Perunding Perkahwinan Zahar.

Konsep Perkahwinan Dalam Taman menjadi pilihan Nurul dan akan direalisasikan oleh Perunding Perkahwinan Zahar.

Video temu bual khas dengan Nurul boleh disaksikan di Utusan Online di Perkahwinan Nurul, Eric dapat tajaan

– UTUSAN ONLINE

Facebook Comments
Close