Perbandingan Gambar Baju Lelaki Mirip Azmin

Satu lagi blog mendedahkan persamaan identiti melibatkan aksi panas lelaki yang didakwa menyerupai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali.

Perkara itu didedahkan menerusi sebuah laman blog iaitu mediapermatangpauh.blogspot.com yang mendakwa telah membuktikan identiti lelaki tersebut adalah ahli Parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa.

Menerusi laman blog ini, gambar berkenaan merupakan lanjutan daripada pendedahan awal yang menyaksikan lelaki itu menyelak baju seorang wanita di dalam sebuah tandas.

Laman blog ini turut menunjukkan perbandingan baju yang dipakai oleh Azmin Ali dengan baju yang dipakai lelaki yang melakukan identiti panas didalam tandas.

Sebelum itu, Azmin bertindak mengaitkan UMNO dalam penyebaran fitnah berkenaan melalui media yang dikuasai oleh parti tersebut dan blog-blog pro UMNO.

– KLpos

Facebook Comments

Comments are closed.

Close