Pekebun Temui Mayat Berkain Pelikat

Rutin harian seorang pekebun yang memantau kebunnya di Ladang Kelapa Sawit Ulu Bertam, Sungai Timun, di sini, dikejutkan dengan penemuan mayat tertangkup di tepi jalan, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, Lai Tai Sun, 54, terkejut menemui mayat yang hanya berkain pelikat dan segera membuat laporan polis di Balai Polis Linggi.

“Ketika kejadian, saya mahu pulang ke rumah. Saya ternampak seperti susuk tubuh orang berkain pelikat tertangkup di tepi jalan ladang berkenaan.

“Apabila dihampiri, ia adalah mayat seorang lelaki,” katanya kepada Sinar Harian, kelmarin.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close