Pejabat S.Ambiga Dipecah Masuk

Pejabat Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Datuk S Ambiga di Bukit Damansara dipecah masuk hari ini.

Kejadian itu disedari seorang kakitangannya kira-kira jam 8 pagi apabila terlihat kotak kawalan akses dipecahkan.

Seorang kakitangannya yang enggan dikenali berkata, peti keselamatan tersebut dirosakkan tetapi pencuri tidak berjaya untuk masuk ke dalam pejabat.

Menurutnya, pekerja yang terakhir meninggalkan premis tersebut kira-kira jam 8 malam semalam.

“Ketika itu, tiada kejadian yang mencurigakan dan pejabat ditutup dengan baik.

“Pencuri merosakkan peti keselamatan yang digunakan untuk akses kad keselamatan,” katanya.

Ambiga sudah membuat laporan di Balai Polis Travers berikutan kejadian tersebut.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, mengesahkan menerima laporan tersebut dan masih dalam siasatan.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close