Pasangan Brangelina Tangguh Perkahwinan

Nampaknya, pasangan popular Hollywood, Angelina Jolie dan Brad Pitt tidak akan melangsungkan majlis perkahwinan mereka dalam waktu terdekat.

Menurut sumber, mereka dikatakan terpaksa menunda majlis perkahwinan kerana Angelina terlalu sibuk dengan jadual kerjanya.

“Ia terpaksa ditangguhkan apabila Angelina bersetuju untuk menerima tawaran berlakon bagi beberapa buah filem. Brad memang tidak gembira dengan keputusan Angelina memandangkan dia sudah membuat perancangan bagi majlis mereka.

“Bagaimanapun, dia tidak dapat memaksa Angelina dan menerimanya sahaja. Tetapi, Brad pula sanggup mengurangkan kerja demi anak-anak mereka dan Angelina,” katanya.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close