Parah Ditetak ‘Geng 08’

Sepasang kekasih yang sedang menikmati suasana kedinginan malam di persisiran pantai Queensbay, Bayan Baru di sini berakhir tragedi apabila teman lelakinya parah diserang sekumpulan ahli kongsi gelap yang dikenali sebagai ‘Geng 08’ kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa, S Arivarasan, 25, yang sedang bersiar-siar bersama teman wanitanya didatangi enam lelaki tempatan yang memberhentikan motosikal di bahu jalan terbabit.

Tanpa berperikemanusiaan, kesemua suspek bertindak menetak badan mangsa bertubi-tubi menggunakan objek tajam dan terus melarikan diri.

Akibat pergaduhan itu, Arivarasan mengalami cedera parah di seluruh anggota badannya termasuk kaki dan pergelangan tangannya hampir putus.

Difahamkan, motif pergaduhan disebabkan suspek dan mangsa yang dipercayai ahli kongsi gelap yang dikenali sebagai Geng 04 mahu berebut kuasa dan kawasan masing-masing.

Seorang jurucakap polis berkata, hasil laporan yang diterima daripada seorang peniaga yang juga peniaga di situ, dia sempat melihat riak wajah mangsa dalam keadaan terkejut melihat sekumpulan lelaki memberhentikan motosikal di hadapan kedainya.

“Menurut peniaga itu, dia tergamam sebaik melihat mangsa diserang tanpa belas kasihan sehingga keadaannya lemah. Mujur teman wanita tidak diperlakukan sedemikian.

“Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk menerima rawatan lanjut dan kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Lai Fah Hin berkata, pihaknya sedang mengenal pasti kesemua suspek terlibat termasuk motif kejadian itu.

Menurutnya, pihaknya akan memanggil teman wanita lelaki terbabit untuk membantu siasatan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

“Sehingga kini, tiada sebarang tangkapan dibuat. Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi polis,” katanya.

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • geng 08 gaduh (96)
  • geng 04 penang (55)
  • geng 08 ipoh (32)
  • thaipusam 2013 gaduh (21)
  • geng 04 (19)
  • thaipusam gaduh 2013 (16)
  • kongsi gelap gaduh (13)
  • penang 04 geng (13)

Comments are closed.

Close