Mohd Nazaruddin Saidin | Mangsa Culik Setahun Lebih Selamat Pulang

Peniaga cicak, Mohd Nazaruddin Saidin, 39, yang lebih setahun diculik di Pulau Jolo, Filipina diselamatkan dan pulang kepangkuan keluarganya, hari ini.

Mohd Nazaruddin melarikan diri dengan bantuan penduduk kampung pada jam 9 malam, Sabtu lalu.

Dia kemudiannya menaiki bot bersama beberapa penduduk dan tiba di Sandakan, Sabah, 10 jam kemudian.

Di situ, Kelab Putera 1Malaysia, diketuai Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim membantu Mohd Nazaruddin dan membawanya pulang ke pangkuan keluarga.

Mohd Nazaruddin dipertemukan dengan keluarganya di pejabat Kelab Putera 1Malaysia di Jalan Attap di sini.

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • pulau jolo (20)

Comments are closed.

Close