Live Streaming Sime Darby vs Terengganu 1 Mei 2012 | Separuh Akhir 2 Piala FA

PENGENDALI Terengganu, Mat Zan Mat Aris yang kembali tersenyum selepas anak buahnya membelasah kelab Vietnam, Song Lam Nghe An, Rabu lalu mengakui sudah menemui ramuan mujarab untuk membuat perhitungan dengan kelab Sime Darby pada separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam ini.

Mat Zan berkata, meskipun kekalahan 1-2 di laman sendiri 21 April lalu memberi tamparan hebat tetapi dalam masa sama tetap percaya selaku penyang juara Piala FA, mereka tetap berpeluang melangkah ke final.

“Kejayaan menewaskan Song Lam Nghe An, 6-2 minggu lalu menjadi bukti resipi yang diterapkan menjadi dan saya berharap strategi itu yang dibantu penolong jurulatih, Khalid Mohd Dahan akan menjadi sekali lagi.

“Selain itu, kehadiran semula Ahmad Nordin Alias dan Reesyafiq Alwi yang berehat panjang selepas pembedahan mencerahkan peluang kami,” katanya yang mengakui kini mempunyai banyak pilihan pemain untuk diturunkan terutama di bahagian tengah.

Menurutnya, biarpun skuadnya diaibkan di depan penyokong sendiri dalam perlawanan pertama, beliau sedikitpun tidak cemas atau berdepan tekanan dengan situasi itu.

Jangan lupa untuk saksikan perlawanan diantara Sime Darby vs Terengganu ini siaran langsung di TV1 mulai 8:45 malam.

Untuk live streaming, sila klik mana-mana satu link di bawah ini-

LINK 1

LINK 2

Jangan lupa untuk kembali ke blog ini lagi untuk mengikuti keputusan dan perkembangan perlawanan.

END

HT

SIME DARBY

TERENGGANU

0 – 0

(Aggregat 2-1, Sime Darby layak ke final)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close