Live Streaming Sime Darby vs Kelantan Final Piala FA 19 Mei 2012

SETELAH kecewa dalam dua aksi final Piala FA sebelum ini, Kelantan tidak mahu episod duka itu berulang dan tekad untuk menjulang piala itu buat kali pertama apabila menentang Sime Darby di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam ini.

Kapten Kelantan, Mohd Badhri Mohd Radzi berkata, pasukan itu tidak akan memandang mudah cabaran wakil kelab Lembah Klang itu yang melakukan banyak kejutan dalam laluan mereka ke pentas final.

“Mereka merupakan sebuah pasukan yang kuat dalam saingan Piala FA musim ini, jadi saya harap pemain Kelantan akan mempamerkan aksi terbaik mereka kerana kita tidak mahu kecewa buat kali ketiga,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat pengurus pasukan perlawanan akhir Piala FA di Kuala Lumpur, semalam.

Jangan lupa untuk saksikan perlawanan akhir diantara Sime Darby vs Kelantan ini menerusi siaran langsung di TV1 bermula 8:30 malam.

Klik link di bawah untuk menonton secara live streaming-

LINK 1 

Facebook Comments
Close