Lexus RX Malaysia Sasar Jualan 400 Unit

Unit UMW Toyota Motor Sdn Bhd, Lexus Malaysia (Lexus) memperkenalkan model diperbaharui Lexus RX.

Lexus RX kenderaan utiliti kesukanan (SUV) segmen mewah dan dijangkakan 400 unit akan dijual sepanjang tahun ini.

Presidennya, Ismet Suki berkata, sejak diperkenalkan hingga April 2012, lebih 1,100 unit kenderaan dijual bagi pasaran Malaysia dan menyumbang 32 peratus ke atas jumlah keseluruhan jualan Lexus Malaysia.

“Model ini paling popular di pasaran tempatan dan paling laris dalam segmen SUV mewah yang menguasai 35 peratus pegangan pasaran,” katanya pada majlis pelancaran di Petaling Jaya, semalam.

Menurutnya, model itu adalah generasi ketiga dan melengkapkan rangkaian kenderaan mewah itu yang dimulakan dengan RX350 variasi tungal, diikuti Lexus RX270 dan Lexus 450h.

Sejajar pengenalan model baru juga, beliau berkata, peluang pasaran kenderaan­ segmen itu semakin berkembang dan generasi keempat akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Lexus memasarkan kenderaan mewah bermula 1980an dengan model pertama LS400. Kini pasaran kenderaan itu meluas ke 60 negara. Lexus RX270 ditawarkan pada harga RM359,800, RX350 RM399,800 sementara RX350F sport dan hybrid RM409,800 dan RM525,000.

Facebook Comments
Close