Lelaki Panas Baran Korek Mata Teman Wanita Hingga Buta

Lelaki yang menyerang dan mengorek mata teman wanitanya, dijatuhkan hukuman penjara.

Shane Jenkin, 33, yang mempunyai tubuh sasa turut mencekik Tina Nash hingga pengsan.
Dia juga mematahkan rahang dan hidung teman wanitanya itu.

Doktor gagal memulihkan penglihatan mata kiri Tina, 31, menyebabkan dia buta.

Jenkin yang berasa dari Sea Lane, Hayle, Cornwall mengaku menyebabkan kecederaan teruk ditubuh mangsa dengan niat, bulan lalu.

Dia mengaku tidak bersalah melakukannya dengan niat membunuh.

Hakim mahkamah di Truro menjatuhkan hukuman penjara tanpa menentukan tarikh sebenar akan dibebaskan kepada Jenkin kerana menyerang Tina di rumahnya di Hayle, April lalu.

Hakim menjatuhkan hukuman penjara minimum enam tahun dan membuat “perintah hibrid” di mana Jenkin perlu ditahan di hospital sakit jiwa yang mempunyai kawalan ketat.

Jenkin yang mempunyai ketinggian 6 kaki 4 inci, tidak hadir di mahkamah.

Sifat panas barannya didedahkan oleh Tina ketika bercerita bagaimana hidupnya musnah, bulan lalu.

Jenkin sebelum ini tidak dibenarkan masuk ke pub di Penzance selama lima tahun kerana menyerang pegawai polis awal 2010 lalu.

Ibu kepada dua anak, seorang berusia 13 dan seorang tiga tahun ketika diserang, berkata, dia gembira kerana Jenkin telah “akhirnya bertanggungjawab mengubah hidupnya.”

Katanya, “Waktu dia mencekik leher saya, saya rasa seperti dia benar-benar mahu membunuh saya.”

Tina berkata, “Dia rampas segala-galanya dari saya terutama perkara paling berharga dalam hidup saya, penglihatan saya.” – Agensi

Facebook Comments
Close