Leica | Kamera Termahal Di Dunia Dilelong 2.16 Juta Euro

VIENNA 13 Mei – Sebuah prototaip kamera Leica yang dihasilkan pada 1923, dijual dengan harga 2.16 juta euro (RM8.57 juta) dalam satu acara lelongan di sini, semalam.

Jualan tersebut sekali gus menjadikan ia sebagai rekod baru kamera paling mahal yang pernah dijual.

Leica 0-Serie Nr.107 (1923)

Dalam acara lelongan di Galeri Westlicht, kamera tersebut yang merupakan model untuk penghasilan kamera Leica 0-Series, pada mulanya dijangka hanya mampu dijual dengan harga antara 600,000 euro (RM2.3 juta) hingga 800,000 euro (RM3.1 juta).

Namun harga kamera itu, yang pada mulanya dibuka dengan harga 300,000 euro (RM1.1 juta), meningkat sehingga RM8.57 juta dan dibeli oleh seorang pembeli yang enggan dikenali.

Rekod kamera termahal yang pernah dijual sebelum ini berharga 1.32 juta euro (RM5.2 juta), juga merupakan kamera Leica 0-Series.

– AFP

Facebook Comments
Close