Kereta Polis Rempuh Pagar Rumah PM Najib

Dua konstabel polis parah, manakala tiga rakan mereka cedera ringan selepas kereta dinaiki merempuh pagar kediaman rasmi Perdana Menteri di Sri Perdana, Putrajaya, awal pagi semalam.

Difahamkan, dalam kejadian jam 4 pagi, kereta dinaiki kelima-lima mangsa berusia awal 20-an itu dipercayai terbabas sebelum merempuh bahagian tepi pagar kediaman terbabit.

gambar hiasan

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, ketika kejadian kelima-lima mereka berada di luar tugasan dan baru pulang dari satu tempat yang belum dikenal pasti.

“Kita masih siasat punca kejadian dan bagaimana mereka boleh merempuh pagar. Masih terlalu awal membuat andaian,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Sukan Rakyat sempena sambutan Hari Polis.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close