Keputusan Liga Super 4 Mei 2012 | Separuh Masa Pertama

BERIKUT keputusan separuh masa pertama perlawanan Liga Super yang berlangsung malam ini.

Kelantan menentang Lions XII, masih terikat tanpa jaringan di Stadium Sultan Mohammad IV manakala Sabah sedang mendahului Felda United 1-0 menerusi jaringan Mohd Rozaimi Abd Rahman pada minit ke-20 di Stadium Likas.

Di Stadium Sultan Nasiruddin Shah, Terengganu dan Perak juga terikat dengan jaringan 1-1. Skuad Penyu membuka tirai seawal minit pertama menerusi jaringan Joseph Kalang Tie. Gol penyamaan Perak dijaringkan oleh Muhammad Rafiuddin Roddin.pada minit ke-39.

Facebook Comments
Close