Kempen Sokong Mogok Lapar Tahanan Palestine | Tukar DP Facebook

Tahanan Palestin yang berada di Mogok Lapar memerlukan Bantuan anda, Sila Kongsi Status ini dengan kawan anda untuk menyebarkan KESEDARAN tentang Mogok lapar yang terbesar dalam sejarah ..

Bilal Thiab … 76 Hari
Thaer Halahleh … 76 Hari
Hassan Safadi … 70 hari
Omar Abu Shallal … 68 Hari
Mohammedd Al-Taj … 60 hari
Mahmoud Sarsak … 54 Hari
Faris Al-Natur … 47 hari
Jafar Ezz Al-Din … 53 Hari
Abdallah Al-Barghouthi 32 Hari
lebih daripada 2000 Banduan …. 27 hari

Berkongsi dan jangan biarkan Media Barat mengebumikan kes mereka, semua mereka meminta HAK ASASI mereka sebagai tawanan perang, hak Lawatan, Hak pendidikan dan hak-hak lain yang diisytiharkan oleh undang-undang antarabangsa.

*mereka terseksa setiap saat, dan boleh mati bila-bila masa sahaja, ada yang telah turun 30 kg, bleeding di beberapa bahagian di tubuh, dan gigi pun luruh,,, sama-sama kita banyakkan taubat & berdoa untuk ikhwah kita di sana,tolong sebarkan ke semua group yg ada, ini antara usaha kecil yg boleh kita buat , Perang Media ! —

Menurut kenyataan Syeikh Yusoff Alqardhawi pula ;

Mogok lapar mungkin satu – satunya pilihan yang ada pada mereka di sana.

Prof Dr. Yusuf al Qaradhawi ada menjelaskan hukum mogok lapar ketika menjawab satu soalan yang diajukan kepadanya mengenai hukum mogok lapar oleh tahanan ummat Islam di dalam penjara Israel . Syeikh Yusuf Al- Qaradhawi menjawab :
Mereka adalah pejuang keadilan! Mogok (lapar) adalah hak mereka yang telah diiktiraf yang bertujuan untuk membongkar segala bentuk kezaliman dan kejahatan yang dilakukan ke atas mereka !

Oleh itu menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka mengikut kemampuan masing-masing samada secara sokongan aman, demontrasi atau sokongan moral termasuklah secara mogok lapar ! atau menghantar telegram dan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk merasakan dan menzahirkan bahawa kita adalah senantiasa bersama-sama dengan mereka !

Contoh gambar profile picture, pilih yang mana anda suka dan tukar gambar profile anda sekarang!

Orang islam dan bukan islam digalakkan menyokong kempen neh tanpa mengambilkira perbezaan agama ataupun bangsa di antara kita. Sekian.

Sumber 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close