Kata-kata Provokasi Yang Mencetuskan Tragedi 13 Mei 1969

Setiap kali tiba tarikh 13 Mei pada setiap tahun selepas tahun 1969, ia bagaikan suatu yang sangat sensitif untuk diperkatakan. Sejarah hitam tersebut bagaikan dosa untuk diingati dan kalau boleh mahu “ditanam” terus dari pengetahuan generasi muda, khususnya anak muda Melayu.

Bagaimanapun pada saya, beberapa ungkapan “mutiara hati” yang dikatakan telah didalangi oleh “Mursyidul Am DAP, Lim Kit Siang, patut didedahkan sebagai panduan kepada bangsa bumiputera, khususnya bangsa Melayu.

Manakala sejarah Lim Kit Siang dan DAP itu wajar diketahui oleh golongan bukan Melayu agar menghargai keamanan yang dikecapi ketika ini dan menjadikan sikap busuk hati bapa Lim Guan Eng itu sebagai sempadan.

Berikut adalah beberapa kenyataan pemimpin pembangkang berbangsa Cina yang dimaksudkan sebagaimana yang dipetik dari Laporan Mageran ;

1. Menggunakan slogan “Malai-Si” yang membawa maksud “Mati Melayu”.

2. “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu” – 11 Mei, Jalan Bukit Bintang.

3. “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”– 11 Mei, Jalan Bukit Bintang.

4. “KL sekarang cina punya” – 11 Mei, Jalan Changkat Dollah.

5. “Melayu balik kampung, melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control.” – 12 Mei, Jalan Tunku Abdul Rahman.

6. “Melayu keluar…! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu.., sekarang kita sudah ada kuasa…” – 12 Mei, Jalan Khir Kampung Baru.

7. “… semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.” – 12 Mei, depan Balai Polis Jalan Pudu.

8. “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan melayu punya, mata-mata lancau….!” – 12 Mei.

9. “Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu…” – 12 Mei, Jalan Canvel.

10. “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.” – 12 Mei Jalan Bukit Bintang.

Kerana provokasi-provokasi yang didalangi oleh Lim Kit Siang inilah dikatakan telah menyebabkan peristiwa hitam 13 Mei 1969 dahulu. Jika dilihat pada kenyataan-kenyataan itu, padanlah ramai pemimpin-pemimpin DAP yang sensitif dan mahu menutup sejarah ini serapat-rapatnya.

Rupa-rupanya, mereka tidak mahu niat sebenar dan isi hati mereka itu diketahui oleh generasi muda di zaman ini.

Lim Kit Siang dan DAP dipercayai masih memendam niat yang sama sehingga kini. Namun niat mereka itu telah diterjemahkan perlakuannya oleh sekutu-sekutu politik yang berjaya mereka “perkudakan”, iaitu PAS dan PKR.

Sebagaimana maklum, puak-puak PAS memang terkenal dengan sikap ekstrim menyokong dan suka bertindak membuta tuli tanpa memikirkan tentang tujuan sebenar apa yang mereka lakukan. Apa yang disuruh, maka atas dasar “wala”, mereka sanggup menjadi “hamba” DAP…

PKR pula terpaksa mengikut kehendak DAP memandangkan mereka menyedari bahawa mereka tidak segagah mana dan memerlukan pengaruh parti DAP untuk menjadi Perdana Menteri “Boneka”. “Boneka” pun tak mengapa asalkan Anwar jadi Perdana Menteri…

Ini merupakan “penjajahan millenium baru” yang dipercayai telah dirancang dan didalangi oleh DAP. Namun tak payahlah bertanyakan soal ini kepada mereka. Sampai mati pun mereka takkan mengaku!

Bagaimanapun, bangsa bumiputera khususnya Melayu perlu sedar tentang muslihat dan sejarah yang menyaksikan keharmonian kaum di negara ini pernah dihancurkan oleh DAP dan Lim Kit Siang pada satu ketika dahulu.

Sedar atau tidak, perkara dan ungkapan tersebut kini berulang tanpa disedari dari mulut-mulut longkang seperti Namewee, Ambiga dan “Lim Kit Siang Junior”. Lebih menyedihkan ia ada juga terbit dari mulut orang Melayu sendiri seperti Anwar dan Nik Aziz.

Persoalannya, sedarkah bangsa Melayu tentang hakikat dan sejarah ini?

– Kedahan69ers

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • ungkapan lim kit siang (11)

Comments are closed.

Close