Ibu Bersama Bayi Nahas Kemalangan Di Rompin

Seorang ibu muda bersama bayinya terbunuh selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki terbabas dan merempuh tebing bukit sebelum terbalik di Ladang Sungai Murung, dekat Jalan Bukit Ibam, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 petang, penumpang di bahagian depan, Asia Puteh, 24, bersama bayinya berusia enam bulan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, siasatan awal mendapati, pacuan empat roda itu dipandu ibu kepada Asia, Maiki Lekong, 61, dipercayai terbabas sebelum merempuh tebing di kanan jalan ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Cemupuk, Kedaik, dekat sini.

Menurutnya, berikutan rempuhan itu, kenderaan dinaiki tiga beranak terbabit terbalik dengan kedua-dua tayar ke atas, menyebabkan semua mangsa tersepit dalam kenderaan.

Facebook Comments
Close