Gambar Pelancaran & Spesifikasi Samsung Galaxy S III

Samsung Electronics Co. Ltd, (Samsung) peneraju global digital media dan teknologi digital mengumumkan kehadiran generasi ketiga Galaxy S, Galaxy S III.

Peranti itu direka untuk keperluan semasa yang diinspirasikan daripada alam semula jadi.

Galaxy S III adalah telefon pintar yang mengiktiraf suara, faham dengan cadangan, dan memberi peluang pengguna berkongsi detik-detik indah dengan mudah.

“Dengan Galaxy S III, Samsung telah memaksimumkan faedah pengguna dengan menyatupadukan perkakasan hebat bersama telefon pintar pelbagai guna,” kata Presiden/Ketua Teknologi Maklumat (IT), Bahagian Komunikasi dan Telefon Mudah Alih, JK Shin ketika majlis memperkenalkan model itu di London baru-baru ini.

Menurutnya, Galaksi S III menambah pengalaman interaksi antara peranti dan pengguna.

“Peranti ini cukup pintar mengesan wajah anda, suara dan lain-lain, Galaxy S III disesuaikan kepada pengguna dan menyediakan lebih pengalaman mudah dan semula jadi,” katanya.

Galaxy S III mula dipasarkan penghujung Mei di Eropah sebelum ke beberapa negara lain.

SPESIFIKASI

Paparan: 4.8 inci berdefinisi tinggi (HD)
Operasi: Android 4.0 (ice cream
sandwich)
Kamera: 8 mega piksel auto fokus
kamera dengan fl ash
Memori: 16/32GB (64GB tidak lama
lagi) + microSD slot (sehingga 64GB)
Dimensi: 136.6 x 70.6 x 8.6 mm
Bateri: 2,100 mAh

Facebook Comments
Close