Final Piala FA 2012 | Kelantan Umum Cuti Peristiwa 20 Mei

Kelantan hari ini mengumumkan 20 Mei iaitu Ahad depan sebagai Cuti Peristiwa sempena perlawanan akhir bola sepak Piala FA antara Kelantan dan Sime Darby di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata pemberian cuti itu diputuskan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Dengan pengumuman awal ini, diharapkan rakyat Kelantan dapat merancang cuti itu dengan baik dan tidak tergopoh-gapah untuk pulang segera kerana yang penting ialah soal keselamatan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Abdul Fattah berkata, pengumuman cuti itu juga sebagai satu penghargaan buat rakyat Kelantan dan untuk membolehkan mereka hadir beramai-ramai menyaksikan perlawanan akhir itu dengan penuh semangat kesukanan.

Beliau berkata, kerajaan negeri buat masa ini tidak membuat sebarang keputusan mengenai pemberian imbuhan khas jika Kelantan menjuarai Piala FA itu.

– BERNAMA

Facebook Comments
Close