Dua Mati Ditembak Dari Jarak Dekat

Dua lelaki mati manakala dua lagi rakan mereka cedera selepas ditembak dari jarak dekat berhampiran lampu isyarat Jalan Datuk Bandar Tunggal di sini, malam tadi.

Mereka yang mati ialah Chalidass a/l Perumalsamy, 29, dari Jalan Rasah, Seremban dan Surentharan a/l Gopal, 31, dari Pasir Panjang, Port Dickson, manakala dua rakan mereka yang cedera berusia 29 dan 40 tahun.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Saiful Azly Kamaruddin berkata keempat-empat mereka itu ditembak ketika kenderaan pelbagai guna yang mereka naiki menghampiri lampu isyarat itu.

“Dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal menghampiri kenderaan itu dan melepaskan tembakan dari jarak dekat ke arah kenderaan itu.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki yang mati itu baru keluar dari pusat pemulihan akhlak di Machang, Kelantan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

– BERNAMA

Facebook Comments
Close