Dua Ahli PKR Dakwa Terima SMS Ugutan

Dua ahli PKR Cabang Pengerang mendakwa mereka menerima dua pesanan khidmat ringkas (SMS) berunsur ugutan daripada individu tidak dikenali berikutan tindakan mereka terlibat dengan isu penentangan pembangunan di Pengerang, Kota Tinggi.

Naib Pengerusi PKR Cabang Pengerang, Yahya Mas Piie dan Setiausaha PKR Cabang Pengerang, Taufiq Tahir mendakwa menerima dua SMS tersebut, Ahad lalu jam 12.48 tengah malam daripada dua nombor berlainan.

SMS tersebut berbunyi Ini aktiviti Umno, jangan buat kacau kalau tak majlis Anwar 25 Mei ini akan huru-hara dan Kalau nak rumah kau kena bakar malam esok, cubalah buat sabotaj malam esok.

Yahya berkata, dia berharap perkara ini disiasat segera kerana bimbang keselamatan diri.

Sementara itu, Taufiq berkata, dia menganggap SMS tersebut sebagai provokasi untuk menakut-nakutkan mereka.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close