Diserang Sawan Babi Ketika Sedang Mencuri

Niat dua orang rakan yang sering bergiat aktif dalam aktiviti mencuri dan memotong besi terbantut apabila salah seorang daripadanya diserang sawan babi dalam satu kejadian di Taman Bercham Baru, semalam.

Kejadian itu turut menyebabkan kedua-dua mereka jatuh daripada motosikal dan terbabas di tepi jalan.

pencuri kena sawan babi

Terdahulu, dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 pagi itu, kedua-dua lelaki tersebut sedang asyik memotong dan mencuri besi dari sebuah rumah di kawasan itu dipercayai untuk dijual sebagai besi buruk.

Kedua-dua lelaki itu dipercayai menggunakan beberapa peralatan seperti pisau pemotong daging untuk melakukan ‘kerja’ tersebut.

Bagaimanapun, perbuatan itu disedari penduduk kampung yang kebetulan berada di situ dan segera meminta batuan kira-kira 30 ahli Persatuan Keselamatan Sukarela Kawasan Bercham (PKSB) dan orang awam yang berada di sekitar kawasan kejadian.

Salah seorang suspek yang berusia dalam lingkungan 20 tahun yang mengalami sawan babi dihantar ke klinik berhampiran oleh penduduk kampung berkenaan.

Pengerusi PKSKB, Leong Wing Fat, 44, berkata, kegiatan mencuri atau samun di sekitar kawasan kediaman itu semakin berleluasa sejak kebelakangan ini menyebabkan pihak persatuan turut mengadakan pemantauan pada waktu siang.

“Kejadian itu disedari penduduk yang ternampak dua pencuri berkenaan cuba mencuri beberapa bahagian besi dari rumah berhampiran dan kami bertindak mengepung suspek yang memecut menaiki motosikal untuk melarikan diri.

“Namun, mereka berjaya diberkas selepas motosikal yang dinaiki hilang kawalan lalu terbabas manakala seorang suspek yang mengalami kekejangan dan mulut berbuih dipercayai sawan babi dikejarkan ke klinik berhampiran,” katanya.

Wing Fatt berkata, kedua-dua lelaki tersebut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close