Dibelasah Hingga Lembik Gara-gara Renungan

Hanya kerana merenung, seorang lelaki dan rakan wanitanya dibelasah sehingga lembik sekumpulan individu tidak dikenali dalam kejadian di sebuah siber kafe di Wangsa Maju, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, mangsa berusia 23 tahun bersama rakan wanitanya, 23, singgah di kafe itu mencetak beberapa dokumen.

dipukul akibat renungan

Sekadar hiasan

Menurut sumber, selang beberapa minit, dia berasa seolah-olah dirinya diperhatikan sebelum menoleh ke arah seorang lelaki yang berhampirannya.

“Lebih pelik lelaki itu memandang secara sinis seolah-olah tidak berpuas hati dengannya menyebabkan dia memberanikan diri menegur lelaki itu dan meminta penjelasan mengenai tindakannya itu.

“Bagaimanapun, lelaki itu memberitahu mangsa hanya salah faham sebelum mereka berdua berjabat tangan dan lelaki itu beredar,” katanya.

Sumber berkata, sangkaan mangsa kejadian terbabit selesai ternyata meleset apabila lelaki berkenaan datang semula bersama rakannya dan menyerangnya.

“Kejadian terbabit berlaku terlalu pantas dan mangsa tidak sempat melawan menyebabkan dia dibelasah. Malah rakan wanitanya yang ingin membantu menerima tempias apabila dipukul kumpulan terbabit.

“Selepas beberapa minit dipukul, orang awam yang menyaksikan pergaduhan terbabit menyuraikannya,” katanya.

Rakan wanita mangsa menghantar mangsa ke klinik berhampiran sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan dan siasatan sedang dijalankan.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close