Anggota Polis & Bapa Mertua Maut Kemalangan Di Batu 18

Seorang anggota polis berpangkat koperal dan bapa mertuanya maut dalam kemalangan jalan raya di Batu 18, Jalan Besar Kundang, Sungai Buloh selepas kereta yang mereka naiki melanggar sebuah bas pesiaran yang diparkir di tepi jalan.

Ketika kejadian pada 12.30 tengah hari tadi, Muhd Riduan Ab Razak, 32, yang bertugas di bahagian Operasi Khas (D8) Bukit Aman, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Tasik Biru bersama Baharin Puteh, 59.

Gambar hiasan. Carian Google

Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang pegawai penyiasat yang ditemui di Bilik Mayat Hospital Sungai Buloh berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu Muhd Riduan hilang kawalan sebelum melanggar bucu kanan bahagian belakang bas berkenaan.

“Kereta itu dikatakan berpusing-pusing selepas pelanggaran tersebut. Mungkin impak dari rempuhan yang kuat itu, kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya. – BERNAMA

Facebook Comments

Comments are closed.

Close