Almari Yang Boleh Seterika Pakaian

Menyeterika pakaian merupakan salah satu tugas-tugas rumah tangga yang paling melelahkan. Tapi dengan penemuan alat terbaru ini, tugas para suri rumah tangga boleh sedikit lebih ringan.

Syarikat asal Inggeris mencipta sebuah alat yang dinamakan SteamRail. Alat tersebut didakwa boleh melicinkan dan menghilangkan kedutan pada pakaian tanpa perlu diseterika. Dalam sembilan minit, 35 potong baju boleh rapi dengan seketika.

SteamRail berbentuk seperti almari pakaian dengan sistem pengewapan di dalamnya. Panas dan lembab yang ditimbulkan wap berfungsi membuat bahan pakaian menjadi lembut, rapi dan siap dikenakan.

Displaysense, syarikat pembuat alat canggih ini mengatakan SteamRail tidak akan membuat rumah semakin sempit kerana boleh dilipat dan disimpan di bawah tempat tidur ketika tidak digunakan. SteamRail lahir dari idea bahawa hingga sekarang, belum ada alat yang boleh menggantikan penggunaan seterika seperti mesin cuci atau pengering pakaian – yang berjaya menggantikan alat pencuci tradisional.

Menurut kajian yang dilakukan Displaysense, orang menghabiskan waktu rata-rata 160 jam setiap tahun hanya untuk menyeterika, melipat dan menggantung pakaian. Dari hasil kajian juga terungkap bahawa menyeterika pakaian merupakan salah satu tugas-tugas rumah tangga terburuk selain bersih-bersih bilik mandi dan membersihkan minyak di oven.

“Produk ini adalah yang pertama kalinya dicipta. Kami menghabiskan masa yang lama untuk pengembangannya, jadi boleh dipastikan alat ini bekerja secara berkesan. Ertinya, lebih sedikit masa untuk menyeterika maka lebih banyak masa untuk berehat,” ujar jurucakap Displaysense, Jim Moody, seperti dilansir Daily Mail.

Berapa harga yang harus dibayar? SteamRail dijual pada harga 234 Pound (Rp 3.5 juta) dengan sistem pengewapan berteknologi yang dijual berasingan, berharga 280 Pound (Rp 4 juta).

– panas web

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • seterika wap (15)
Close