Aidil Zafuan Batalkan Tuntutan Cerai Terhadap Rita Rudaini

Dalam prosiding ringkas di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam petang ini, Aidil Zafuan membuat tuntutan balas terhadap permohonan tunjuk sebab bercerai daripada Rita Rudaini yang di’failkan minggu lalu.
Menurut Aidil Zafuan, permohonan sebab dari pihak Rita Rudaini membuktikan yang isteri’nya itu masih mahu bersama beliau dan mahukan perkahwinan ini terus kekal.

Oleh itu, Aidil Zafuan bersetuju untuk membatalkan tuntutan cerai yang beliau failkan sebelum ini & memohon Rita Rudaini juga anak anak untuk berpindah ke rumah beliau di USJ 1

“Meminta sebab adalah tanda dia (Rita Rudaini) tidak mahu bercerai & saya tarik balik. Saya juga menuntut dia & anak anak untuk berpindah ke rumah saya di USJ 1 sebagai tanda taat & setia kepada suami,” ujar Aidil Zafuan di luar dewan.

Sumber

Facebook Comments
Close