Warga Emas Dipijak | Dicekik | Disamun RM30,000

Seorang warga emas bukan saja disamun sehingga kerugian RM30,000, tetapi turut diperlakukan seperti haiwan apabila dipijak kepala, dicekik serta dicampak ke kebun getah enam kilometer dari rumahnya dalam kejadian di Kampung Gunung, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, Mek Mat Dam, 70, didatangi dua lelaki tidak dikenali yang masuk ke dalam rumahnya dan mencekiknya sebelum dibawa masuk ke dalam sebuah kereta.

Ketika kejadian, cucunya, Mohd Afiq Fakrul Anuar, 5, turut berada di rumah, namun dia tidak diapa-apakan.

Cucunya memaklumkan kejadian itu kepada suami Mek, Mat Yusof Che Lah, 75, yang berada di sebuah kedai berhampiran rumahnya.

Menurut Mek, dua lelaki terbabit membawanya masuk ke dalam kereta Proton Inspira berwarna hitam dan meletakkannya di bahagian bawah kerusi tempat duduk penumpang belakang dalam keadaan kepala dipijak dan lehernya dicekik.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close