Wanita Menghilangkan Diri Selepas Bersalin

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mencari ibu bapa kandung atau waris seorang bayi yang ditinggalkan di Hospital Ampang sebaik dilahirkan tahun lalu.

Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat, Noor Adelin Nordin berkata, bayi berkenaan, Ahmad yang lahir pada 28 Januari tahun lalu dilahirkan wanita berusia 20-an.

Gambar hiasan

Katanya, pihaknya mencari ibu bayi berkenaan, Nur Husna Mohamed Haris yang menghilangkan diri sebaik melahirkan bayi itu. “Orang ramai yang mengenali ahli keluarga bayi itu boleh menghubungi talian 03-87378007,” katanya.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close