Wanita Kudung Kaki Dalang Sindiket Jual Bayi

Seorang wanita Singapura yang kudung kaki kirinya antara enam ditahan polis di sebuah restoran, salah sebuah pusat beli-belah Bukit Tinggi di sini semalam kerana disyaki mendalangi sindiket penjualan bayi.

Dalam serbuan pada pukul 11.30 pagi itu, polis menyelamatkan dua bayi lelaki masing-masing berusia 22 hari dan berusia tiga bulan yang dalam proses dijual.

Daripada enam orang yang ditahan, dua merupakan pasangan suami isteri berketurunan India yang dipercayai mahu membeli seorang bayi itu.

Bayi yang baru berusia 22 hari itu dilengkapi pasport antarabangsa yang diberi nama Lee Kelvin.

Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan (gambar kecil) berkata, sindiket menjual bayi yang dipercayai berpusat di sebuah rumah di sini dipercayai baru memulakan kegiatan haram mereka itu tiga bulan lalu.

“Maklumat awal, polis dimaklumkan ada empat bayi akan dijual namun ketika ditahan hanya ada dua bayi dan kemungkinan dua daripada bayi lagi telah berjaya dijual,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close