Van Persie Dipilih Sebagai Pemain Terbaik England

Penyerang Arsenal, Robin van Persie dipilih sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik England oleh Persatuan Penulis-penulis Bola Sepak negara itu hari ini, dua hari selepas beliau dinobatkan sebagai pemain terbaik PFA.

Van Persie, 28, merupakan pemain Belanda pertama yang menerima anugerah berprestij itu selepas Dennis Bergkamp, juga dari Arsenal pada 1998 dan pemain ketiga dari negara tersebut selepas Frans Thijssen dari Ipswich Town pada 1981.

Beliau telah dipilih dalam satu undian di kalangan wartawan, mengatasi dua pemain Manchester United, Wayne Rooney yang memenangi anugerah itu 2010 di tempat kedua serta Paul Scholes yang keluar dari persaraan di separuh musim, di tempat ketiga.

– REUTERS

Facebook Comments

Comments are closed.

Close