Ustazah Hilang Ketika Menyidai Pakaian

“Kalau Ti pergi, jangan cari,” kata bekas guru kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) kepada ibunya sebelum dia gagal dikesan selepas ketika menyidai pakaian di hadapan rumahnya di Kampung Cherang Hangus, Bachok, 18 April lalu.

Romlah Mohd Noor, 61, berkata, kata-kata itu diucapkan anaknya, Norhayati Mat Rifin, 39, berulang kali tiga hari sebelum dia hilang.

Gambar hiasan

“Kali terakhir saya lihat dia sedang menyidai pakaian di hadapan rumah pada 18 April lalu. Kira-kira jam 10 pagi, apabila saya pulang selepas selesai menyiapkan kerja di belakang rumah, saya lihat dia sudah tiada.

“Saya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok keesokan harinya,” katanya.

Menurutnya, Norhayati menghidap penyakit skizofrenia sejak berusia 17 tahun dan semakin serius selepas bercerai dengan suaminya sembilan tahun lalu.

“Saya merayu orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai anak saya itu supaya menghubungi kami di talian 019-9946080 dan 013-6403038,” katanya.

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • kafa bachok (18)

Comments are closed.

Close