Tweet Zed Zaidi Pertikai Kemenangan Aaron Aziz Di ABPBH 2011?

Rumah sudah siap, namun pahat masih berbunyi. Itulah yang berlaku kepada pemenang Anugerah Bintang Popular (ABP2011) yang berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands, malam tadi.

Paling mendapatkan tumpuan adalah luahan perasaan Zed Zaidi yang dikongsi melalui akaun Twitter miliknya yang berbunyi:

“AKU LEBIH BERBANGGA KALAU RAKYAT MALAYSIA YANG MENANG!!! Terima kasih rakyat Malaysia kerana mengalakan artis luar merosakan industri seni!”

Timbalan Presiden Seniman ini nyata tidak teragak-agak meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap kemenangan besar yang diraih oleh Aaron Aziz yang diketahui masih memegang kerakyatan negara Singapura.

MH Online akan cuba mendapatkan kenyataan lanjut daripada Zed Zaidi berhubung perkara ini.

– Media hiburan

Facebook Comments

Comments are closed.

Close