TV & Radio Diarah Henti Siar Watak Pondan | Lelaki Lembut Serta Merta

Berkuatkuasa serta merta, stesen radio dan televisyen diminta menghentikan rancangan yang menyiarkan watak pondan, lelaki lembut yang bercanggah dengan norma masyarakat beragama.

Arahan tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan yang disiarkan di halaman Facebooknya.

Arahan itu berbunyi: “Berkuatkuasa serta merta, stesen radio dan televisyen diminta menghentikan rancangan yang menyiarkan watak pondan, lelaki lembut yang bercanggah dengan norma masyarakat beragama kerana dikatakan menyokong dan meningkatkan gejala Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) ketika ini.”

Pada 3 November, pihak berkuasa mengharamkan program Seksualiti Merdeka walaupun ia telah diadakan sejak beberapa tahun sebelumnya tanpa sebarang masalah.

Seksualiti Merdeka adalah festival tahunan yang meraikan hak asasi manusia rakyat pelbagai orientasi seksual dan identiti jantina, yang dianjurkan oleh gabungan NGO, artis, aktivis dan individu sejak 2008.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close