Tewaskan Negeri Sembilan | Lions Terajui Carta Liga Super 3 April 2012

IMPIAN Negeri Sembilan untuk memperbaiki kedudukan dalam saingan Liga Super tidak kesampaian setelah tewas kepada Lions XII 2-4 pada perlawanan berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini.

Kemenangan itu membolehkan anak buah V Sundramoorthy mendahului Liga Super sekali gus terus memberi tekanan ke atas pendahulu liga, Kelantan, yang tidak beraksi hari ini.

Kelantan akan menentang Arema Indonesia pada saingan Kumpulan H Piala AFC, hari ini.

Lions mendahului tuan rumah menerusi Safuwan Baharudin pada minit ke-14, Muhammad Khairul Nizam Mohammad Kamal (20) sebelum G Mahathevan merapatkan kedudukan pada minit ke-32.

Pada separuh masa kedua, Lions menambah koleksi gol menerusi Shahril Ishak (42’) dan Shahdan Sulaiman (70’) sebelum Mahathevan mengurangkan defisit gol pada minit ke-86.

Facebook Comments
Close