Terkini! Gambar Himpunan Anti PTPTN 14 April 2012

Seramai hampir 300 Kumpulan Mahasiswa telah mula berarak untuk berhimpun ke Dataran Merdeka sebagai tanda bantahan terhadap isu yang melibatkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Himpunan Anti PTPTN yang dianjurkan Solidariti Mahasiswa Merdeka (SMM) itu diketuai Adam Adli dan Shukri Razab yang juga merupakan salah seorang anggota Badan Mahasiswa tersebut.

Perarakan dilihat bermula dari Majlid Negara sekitar 2 petang dan menggunakan Jalan di sekitar Pusat Membeli Belah Sogo sebelum tiba ke lokasi perhimpunan.

Kelihatan juga beberapa sepanduk yang dibawa sambil melaungkan ‘Anti PTPTN’ sebagai simbolik protes mereka terhadap Badan Pinjaman Pelajaran tersebut.

SMM telah memutuskan sebelum ini untuk meneruskan Perhimpunan tersebut walaupun tidak mendapat permit dari pihak Polis dan kebenaran dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggunakan Dataran Merdeka sebagai lokasi.

Anggota polis trafik dilihat mengawal lalulintas dan membantu perarakan pelajar berkenaan.

– KLpos

LAGI GAMBAR MENGENAI HIMPUNAN ANTI PTPTN DI SINI

Facebook Comments

Comments are closed.

Close