Tayar Lori Treler Tercabut | Pemotong Rumput Maut

Seorang pemotong rumput maut apabila terkena sebuah tayar yang tercabut dari lori treler di Jalan Sukau dekat sini semalam.

Mangsa yang berusia 48 tahun adalah seorang daripada beberapa pekerja kontrak yang melakukan kerja memotong rumput di tepi jalan berkenaan.

Gambar hiasan

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Supt Fadzil Mohd Ali berkata, mangsa mati ketika menerima rawatan di Hospital Kinabatangan pada pukul 6 petang akibat kecederaan parah di kepala.

Ketika kejadian pada pukul 3.30 petang itu, lori berkenaan dalam perjalanan dari Sukau ke Lahad Datu, katanya.

Beliau berkata, polis telah mengambil keterangan pemandu treler itu dan meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya menghubungi balai Polis Trafik Sandakan di talian 08-9211222 bagi membantu siasatan.

– BERNAMA

Facebook Comments

Comments are closed.

Close