Tarikh Himpunan Bersih 3.0 | 28 April 2012

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada Rabu mengumumkan akan mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 dengan slogan ‘Duduk Bantah’ di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 28 April ini.

Bersih mengumumkannya menerusi satu kenyataan pada Rabu.

Keputusan tersebut diumumkan sehari selepas laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi penambahbaikan proses pilihan raya diluluskan oleh Dewan Rakyat pada Selasa.

Laporan akhir yang dibentangkan oleh PSC mencadangkan sebanyak 22 cadangan bagi memperbaiki perjalanan sistem pilihan raya di negara ini.

Bagaimanapun hanya 18 daripada 22 cadangan tersebut diterima oleh semua ahli jawatankuasa PSC.

Perhimpunan Bersih sebelum ini iaitu Bersih 2.0 diadakan pada 9 Julai tahun lalu dihadiri berpuluh-puluh ribu rakyat yang menuntut lapan perkara berkaitan dengan penambahbaikan sistem pilihan raya agar dilaksanakan.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close