Selepas Isu Kad Pengenalan | Isu Kuku Aaron Aziz Pula Menjadi Sebutan?

Nampaknya aura Aaron Aziz terus diperkatakan…malah isu kuku tangannya yang kononnya ‘buruk’ itu pun menjadi bahan dan perbincangan di ruangan gosip dan forum dalam internet.

Segalanya bermula apabila Aaron kelmarin menunjukkan kad pengenalan aslinya pada jurugambar sebagai reaksi kepada gambar kad pengenalan palsunya yang sedang tersebar luas Dan bila jurugambar mengambil foto kad pengenalannya itu secara ‘close up’, maka ‘rupa bentuk’ jari pelakon Singapura itu pun terserlahlah dengan ketara.

Sendiri mau ingatlah,kamera jurugambar profesional ni bukannya murah,kalau mereka dah ‘close up’ satu-satu objek tu,kekadang habuk pun boleh nampak! Dalam hal ini,gambar kuku Aaron nampak jelas…kukunya kelihatan seakan-akan tidak ‘diuruskan’ dengan rapi.

Apalagi, jadi ‘bahanlah’ dalam internet,adoyyyyyyyMungkin menyedari yang kukunya itu HANGAT diperkatakan,Aaron dengan selambanya menjawab isu itu dalam twitternya.

Senyum! Tak perlu kata apa apa! Senyum! Itu lah di panggil kuku jantan hehehehe.

Tangan dan jari memang byk luka luka.Maklumlah kuku KL Gangster2 yg baru habis ni.

Tidak cukup dengan itu,Aaron juga memuat turun gambar jari kuku tangannya yang terbaru buat tatapan peminatnya,satu hal la pulak.Nampaknya itulah harga yang perlu dibayar kalau dah bergelar selebriti ini,dari kad pengenalan sampai kuku pun diperkatakan orang.Agaknya apalagi yang bakal diperkatakan mengenai Aaron lepas ni.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close