Rumah Mazlan Aliman (PAS) Disimbah Cat Merah

Rumah ahli jawatankuasa kerja Pas Pusat, Mazlan Aliman di Felda Bukit Ramun, Kulai, Johor disimbah cat merah awal pagi ini, yang menurut beliau dipercayai ada kaitan dengan isu Felda dan tanah yang diperjuangkannya.

Mazlan yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) berkata, beliau percaya kejadian berlaku sekitar jam 3.30 pagi tadi.

“Beranda dan kaki lima pintu belakang rumah saya dsimbah cat merah awal pagi ini. Apakah motif mereka mahu menakut-nakutkan saya dan keluarga?

“Demi ALLAH, saya tidak gentar. Perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan membela rakyat tetap diteruskan,” katanya dalam satu mesej SMS pagi ini.

Facebook Comments
Close