Remaja Wanita Jadi ‘Habuan’ Tiga Lelaki

Malang menimpa seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang keluar bersama teman lelaki baru dikenalinya apabila dia diperkosa lelaki itu, malah turut dijadikan habuan kepada dua lagi rakan suspek.

Difahamkan, remaja perempuan itu bukan saja diperkosa bergilir-gilir oleh tiga lelaki terbabit di sebuah pondok usang di sini, malah perlakuan keji mereka itu turut dipertontonkan kepada rakan lain.

Lebih keji lagi, sumber berkata, mangsa turut dipaksa melakukan perbuatan sumbang bersama beberapa rakan lelaki yang datang. Menceritakan semula kejadian itu, sumber memberitahu, mangsa pada mulanya diajak teman lelaki yang baru dikenalinya itu untuk keluar minum bersama di sebuah restoran di Sentul, dekat sini.

“Mangsa dijemput lelaki itu dengan menunggang motosikal kira-kira jam 9 malam Khamis lalu sebelum ke sebuah restoran dan diperkenalkan kepada beberapa rakan lain.

“Selesai minum, mangsa diajak ke rumah seorang rakan lelaki berkenaan yang terletak di lokasi berhampiran,” katanya.

Menurut sumber, selepas beberapa jam melepak lelaki terbabit memberitahu mahu menghantar mangsa pulang ke rumah sambil ditemani dua rakannya kira-kira jam 1 pagi Jumaat lalu.

“Dalam perjalanan pulang, mangsa dibawa ke dalam kawasan hutan menyebabkan dia berasa hairan. Apabila tiba di sebuah pondok usang dia dipaksa pula masuk ke dalam pondok berkenaan,” katanya.

Katanya lagi, disebabkan keadaan yang gelap dan sunyi mangsa menuruti arahan ketiga-tiga lelaki itu sebelum dia dipaksa berbogel.

Mangsa dipercayai dirogol teman lelakinya sebelum memanggil dua lagi rakannya yang berada di luar pondok dan turut memperkosa mangsa bergilir-gilir.

Sumber berkata, ketiga-tiga suspek terbabit menghubungi rakan mereka yang lain untuk datang ke pondok berkenaan dan memaksa mangsa melakukan perbuatan keji itu.

Mangsa dihantar pulang ke rumahnya dan dikatakan memaklumkan kejadian itu kepada keluarga dan bertindak membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, di sini sebelum kes dirujuk ke IPD Gombak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close